RESOURCES


   
 
PERLEMBAGAAN 
PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


FASAL 1:        NAMA

Pertubuhan belia  ini  dikenali  sebagai Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya atau  ringkasnya PBPRS di dalam Perlembagaan ini.

 FASAL 2:       ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN  
                        
(1)       Alamat Pos Berdaftar
Alamat pos berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :
No 33, Jalan Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300
           
(2)       Alamat Urusan Berdaftar 
Alamat urusan berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :
No 33, Jalan Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300

(3)       Alamat  pos berdaftar  dan  alamat  urusan berdaftar  ini  tidak  boleh  diubah  tanpa kelulusan  Jawatankuasa Kerja    dan  hanya  boleh dikuatkuasakan setelah  mendapat  kebenaran  bertulis  daripada  Pendaftar Pertubuhan Belia.


FASAL 3:        TAFSIRAN

(1)           “PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ”
 ertinya sebuah pertubuhan yang membantu belia-belia bagi menguasai pelbagai kemahiran menolong terutama kepada belia yang sebaya dengan umur mereka. Dan menjadi role model yang cemerlang kepada belia-belia yang lain.


(2)   MESYUARAT AGUNG TAHUNAN” ertinya mesyuarat yang wajib diadakan oleh pertubuhan belia ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 10 Perlembagaan ini.

(3)       JAWATANKUASA KERJA”  ertinya  badan pengelola  bagi pertubuhan belia ini seperti yang disebutkan dalam fasal 13 Perlembagaan ini.
 
(4)       JAWATANKUASA KECIL” ertinya Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 15. 


(6)       AHLI” ertinya ahli atau anggota pertubuhan belia seperti yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini.

(7)       PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA”  ertinya  Pendaftar Pertubuhan Belia  yang  dilantik  di bawah subseksyen 4(1) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.   


FASAL 4:        TUJUAN

(1)   Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;

(2)      Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;

(3)    Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;

(4)   Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran menolong  dan keusahawanan;
(5)   Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;

(6)     Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

(7)           Untuk melatih ahli-ahli pertubuhan yang terdiri daripada  seorang remaja dan belia agar mempunyai personaliti diri yang baik dan mempunyai nilai-nilai intergriti yang tinggi.

(8)      Membantu kerajaan dan ahli masyarakat supaya dapat membendung masalah sosial dalam kalangan remaja dan belia serta membantu ahli-ahli pembimbing rakan sebaya di sekolah menengah dan rendah memantapkan ilmu kemahiran PRS di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Guru Kaunseling.

(9)         Melahirkan ahli-ahli persatuan yang setia akan negara, Raja dan undang-undang negara serta menjadi ahli komuniti yang berguna kepada masyarakat dan negara, seterusnya dapat melahirkan generasi muda yang mampu mendukung cita-cita dan aspirasi negara.

(10)       Memberi peluang, latihan dan pendedahan kepada ahli-ahli pertubuhan dari aspek kepimpinan dan mampu membimbing rakan yang sebaya dengan mereka supaya mampu berfikir secara matang dan seterusnya menjadi salah sebuah paltform bagi membanteras gejala sosial dan memupuk perpaduan kaum.

FASAL 5:        LOGO/LAMBANG/BENDERA
    
(1)       Lambang pertubuhan ini terdiri daripada bulatan yang berwarna unggu, yang melambangkan  lingkaran kehidupan, di dalamnya terdapat lambang manusia yang berwarna kuning,biru dan merah melambangkan kesepakatan, kesucian dan kebebasan untuk bersuara, disebelah atas lambang manusia terdapat hurup “P,B,P,R,S” yang melambangkan nama ringkas pertubuhan iaitu Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya, dibawahnya terdapat  moto pertubuhan ini iaitu sedia membimbing dalam bahasa melayu, disebelah kanannya terdapat logo pembimbing rakan sebaya sekolah-sekolah seluruh Malaysia.


FASAL 6:        PERMOHONAN MENJADI AHLI

(1)      Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut :

(a)           Warganegara Malaysia;

(b)      Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;

(c)        Sangup memberi komitmen dan kerjasama di dalam setiap perkara
             bagi memastikan kelancaran persatuan

(d)     Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya ini pada setiap masa;

(2)           Permohonan untuk menjadi ahli Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya untuk kelulusan.

(3)         Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.

(4)     Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama.


FASAL 7:        BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1)          Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh ahli adalah seperti berikut:                                                                       
Bayaran masuk   RM 10.00                                                              Yuran Tahunan   RM  11.00

(2)           Yuran  tahunan  hendaklah  dibayar  tidak  lewat  dari  1hb Februari  tiap-tiap tahun kepada Bendahari.  Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

(3)           Sekiranya  yuran  tahunan  tidak  dijelaskan  dalam  tempoh  satu  tahun  tanpa  alasan  yang munasabah,  Jawatankuasa Kerja  berhak memberhentikan keahlian ahli yang berkenaan.  

(4)           Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa.

(5)      Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli
semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan  menyertakan  bayaran   pendaftaran,  yuran  tahunan dan  penalti  sebanyak  RM 20.00  Permohonan  ini  tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja.  



FASAL 8:        TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

(1)           Setiap  ahli  bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa;

(2)           Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik pertubuhan belia ini pada setiap masa;

(3)           Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat pada waktunya;

(4)           Setiap ahli  berhak menerima satu salinan Perlembagaan pertubuhan belia ini;

(5)           Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap, mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan;


FASAL 9:        PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN  AHLI

(1)           Mana-mana  ahli   yang  membuat  permohonan  bertulis untuk berhenti  menjadi  ahli  dan  permohonannya  itu  diluluskan  oleh Jawatankuasa  Kerja  adalah  dianggap  sebagai  telah  berhenti menjadi ahli.

(2)           Setiap ahli yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan  dengan  Perlembagaan  pertubuhan belia  boleh  dipecat  atau digantung  keahliannya  bagi  sesuatu  tempoh  masa  sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kecil Disiplin atau sebarang jawatankuasa kecil lain yang sah dibentuk di bawah perlembagaan ini.  Sebelum tindakan  sedemikian  diambil,  ahli  itu  hendaklah  diberikan  surat tunjuk  sebab.  Ahli  berkenaan  hendaklah  diberi  peluang  untuk membela  diri.    Pemecatan  atau  penggantungan  itu  hendaklah berkuatkuasa  dari  tarikh  yang  ditetapkan  oleh  jawatankuasa kecil berkenaan.  Ahli  yang  terbabit  boleh  mengemukakan  rayuan kepada Jawatankuasa Kerja dalam tempoh empat belas (14) hari  dari  tarikh  keputusan pemberhentian tersebut.  Jawatankuasa Kerja  mempunyai  kuasa  samada  untuk  menerima,  menolak  atau membuat  apa-apa  keputusan  yang  lain  berhubung  dengan  rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Kerja tersebut adalah muktamad. 



FASAL 10:     MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
   
 
(1)           Mesyuarat  Agung Tahunan  adalah badan  yang  tertinggi  dan menyeluruh  bagi  pertubuhan belia  ini  berdasarkan  kepada  tujuan  dan matlamatnya.

(2)           Mesyuarat  Agung  Tahunan  hendaklah  diadakan  tidak  lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  Kerja.  Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis, hendaklah diberikan secara  bertulis  oleh  Setiausaha  kepada  semua  ahli. Notis  itu  hendaklah  disertakan  dengan  agenda  mesyuarat bersama-sama  dengan  semua  salinan  dokumen  yang dinyatakan dalam agenda tersebut.

(3)           Korum  Mesyuarat  Agung  Tahunan  hendaklah  dihadiri  oleh tidak  kurang  satu  pertiga  (1/3)  daripada  bilangan  keahlian yang  layak  mengundi.  Sekiranya  korum  tidak  mencukupi selepas  satu  (1)  jam  dari  masa  yang  ditetapkan,  maka mesyuarat  itu  hendaklah  ditunda  kepada  tarikh  baru  dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi  pada  tarikh  baru  mesyuarat  itu,  maka  ahli-ahli yang  hadir  bolehlah  meneruskan  mesyuarat  seperti  yang telah ditetapkan kecuali meminda perlembagaan pertubuhan belia. 

(4)           Setiausaha  hendaklah  menghantar  kepada semua  ahli    dan Pendaftar Pertubuhan Belia  salinan  Penyata  Tahunan  tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat tersebut.


FASAL 11:     AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

   
(1)          Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara lain  agenda-agenda berikut :- 

(a)           Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;

(b)           Menerima  dan  meluluskan  Laporan  Jawatankuasa Kerja/Jawatankuasa Kecil berkenaan aktiviti pertubuhan belia dalam sepanjang tahun yang lalu;

(c)           menerima  dan  meluluskan  Laporan  Bendahari  dan  Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi  tahun yang lalu;

(d)           menguruskan  hal-hal  lain  yang  dibentangkan  di  dalam   Mesyuarat Agung Tahunan ; dan 

(e)           memilih  Jawatankuasa  Kerja  yang  baru  mengikut  fasal  13 Perlembagaan  ini  dan  melantik  dua  (2)  orang  juruaudit mengikut  fasal  18  Perlembagaan  ini  setiap  dua  (2)  tahun sekali.


FASAL 12:   MESYUARAT AGUNG KHAS

(1)           Mesyuarat  Agung Khas bagi pertubuhan belia ini boleh diadakan:


(a)           bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja;  atau

(b)           atas  permintaan  secara  bertulis  oleh  tidak  kurang daripada separuh  (1/2)  daripada  jumlah  ahli  yang  berhak  mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

(c)           Mesyuarat  Agung  Khas  yang  diminta  oleh  ahli-ahli  hendaklah diadakan  pada  satu  tarikh  dalam  tempoh  satu  (1)  bulan  dari  tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.
   
(d)           Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat  Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah  jam  dari  waktu  yang  telah  ditetapkan  bagi  mesyuarat  itu, maka mesyuarat  itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam  (6)  bulan  daripada  tarikh  ini  Mesyuarat  Agung  Khas  atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak  boleh diadakan.


FASAL 13:     JAWATANKUASA KERJA  

(1)       Jawatankuasa Kerja  terdiri daripada:

(a)        Pengerusi

(b)             Timbalan Pengerusi

(c)             Setiausaha

(d)             Bendahari dan


(e)             7 orang Ahli Jawatankuasa


(2)              Setiausaha,  dan  Bendahari  adalah  dilantik oleh  Pengerusi  dengan  persetujuan  Jawatankuasa  Kerja  dalam mesyuarat  pertama  Jawatankuasa Kerja tersebut selepas Mesyuarat  Agung Tahunan. 

      
(3)       Semua “pemegang jawatan” sepertimana yang ditafsirkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta tersebut berkaitan kehilangan kelayakan.   


FASAL 14:   TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA 

(1)       Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil.


(2)       Menguatkuasakan  dasar-dasar  dan  keputusan    Mesyuarat  Agung Tahunan atau Khas.

(3)      Mengurus dan mentadbir pertubuhan belia ini dan menjalankan program atau aktiviti dari semasa ke semasa.

(4)     Mengkaji  dan  meluluskan  perbelanjaan  pentadbiran  dan  perbelanjaan program atau aktiviti yang diluluskan.

(5)   Meluluskan  peraturan-peraturan  baru  atau  cadangan pindaan perlembagaan  untuk  di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.

(6)     Menimbang rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Kecil Disiplin bagi ahli-ahli pertubuhan belia.

(7)     Membuat  pelantikan  dan  pemberhentian  kakitangan  pengurusan  yang bergaji jika ada.
   
 
(8)  Menimbang permohonan mana-mana orang untuk menjadi ahli pertubuhan belia.


FASAL 15:  TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

(1)          Pengerusi

(a)          Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

(b)          Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia.

(c)           Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.

(d)        Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Bendahari pertubuhan belia.

(2)          Timbalan Pengerusi

(a)          Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

(b)          Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.


(3)          Setiausaha

(a)          Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

(b)          Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat pertubuhan belia.

(c)      Mengendalikan urusan surat menyurat, penyimpanan rekod, fail dan dokumen pertubuhan belia.

(d)          Mengemaskini daftar ahli pertubuhan belia.

(e)          Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.

(f)           Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.

(g)          Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

(4)          Bendahari

(a)          Menguruskan hal berkaitan kewangan pertubuhan belia.

(b)          Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

(c)           Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Pengerusi.

(d)          Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan belia.

(e)          Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli pertubuhan belia.

(5)          Ahli Jawatankuasa

(a)          Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja pertubuhan belia.

(b)        Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang diketuainya.

(c)           Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara keseluruhan.

(d)          Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya.



FASAL 16:   MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

(1)        Jawatankuasa  Kerja  hendaklah  bermesyuarat  sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan.  Notis mesyuarat hendaklah  dikeluarkan  tujuh  (7)  hari  sebelum tarikh mesyuarat. 

(2)           Pengerusi boleh memanggil  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada bila-bila masa beliau fikirkan perlu.

(3)           Sekurang-kurangnya  lima  (5)  orang  daripada  Ahli Jawatankuasa
Kerja  hendaklah  hadir  bagi  mengesahkan  perjalanan mesyuarat  dan mencukupkan korum mesyuarat tersebut.



  FASAL 17:  KEWANGAN

(1)          Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang pertubuhan belia ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan belia termasuklah perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia serta perbelanjaan lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti mana-mana pemegang jawatan atau ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2)    Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan belia.

(3)   Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi merupakan pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia.

(4)          Perbelanjaan yang melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang melebihi RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) bagi satu-satu masa perlu mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

(5)          Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan seberapa segera setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk makluman semua ahli pertubuhan belia.

(6)          Tahun kewangan pertubuhan belia ini bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.


FASAL 18:    JURUAUDIT

(1)           Dua  (2)  orang ahli yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa  Kerja boleh dilantik  semasa  Mesyuarat  Agung  Tahunan  sebagai  Juruaudit. Tugas  mereka adalah  membuat  pemeriksaan terhadap  penyata  kewangan  pertubuhan belia  dan  membuat  laporan  dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan pertubuhan belia.

(2)           Mesyuarat  Agung  Tahunan  boleh  juga  melantik  Firma  Audit  yang bertauliah  bagi  menjalankan  kerja-kerja  auditan  ke atas pertubuhan belia sekiranya perlu.


FASAL 19:   TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1)   Tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Jawatankuasa Kerja boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini.    Jawatankuasa  Kerja  juga boleh  memutuskan  perkara-perkara  yang  tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini sekiranya perlu dengan syarat tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang.


FASAL 20:    PERTIKAIAN DALAMAN

Adalah  menjadi  tugas  Jawatankuasa  Kerja  untuk menyelesaikan apa-apa  pertikaian  yang  timbul  di  kalangan  ahli-ahli  mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. 


FASAL 21:  PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT

(1)           Jawatankuasa  Kerja  boleh   melantik  seorang Penaung yang bukan dari kalangan ahli pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia sekiranya perlu.

(2)     Jawatankuasa Kerja juga boleh melantik Lembaga Penasihat yang bilangannya tidak melebihi tiga (3) orang bukan dari kalangan ahli pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia sekiranya perlu.

(3)        Penaung  atau  Lembaga Penasihat  tersebut hendaklah tidak mempunyai  hak  untuk  mengundi atau kuasa membuat keputusan bagi pihak pertubuhanPembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia . 




 FASAL 22:    PEMEGANG AMANAH

(1)          Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia. Semua harta tetap kepunyaan pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2)          Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah hakmilik harta kepunyaan pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia.

(3)          Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya. Pemegang Amanah yang baru boleh dilantik bagi menggantikan Pemegang Amanah tersebut melalui Mesyuarat Agung Tahunan.


FASAL 23:   PINDAAN PERLEMBAGAAN

(1)           Perlembagaan  ini  tidak  boleh  diubah  atau  dipinda  kecuali  dengan persetujuan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

(2)        Permohonan  untuk  meminda perlembagaan ini hendaklah  dikemukakan  kepada  Pendaftar Pertubuhan Belia  dalam  masa  enam  puluh  (60)  hari  dari  tarikh  keputusan mesyuarat  yang  memutuskan  perihal  perubahan  atau  pindaan tersebut.   Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan Belia.

FASAL 24:   LARANGAN

(1)           Segala bentuk perjudian yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia atau permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah atau premis pertubuhan belia : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

(2)           Pertubuhan belia atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

(3)           Pertubuhan belia ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan belia atau pemegang jawatan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.


FASAL 25:   PEMBUBARAN

(1)           Pertubuhan belia ini  boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil untuk tujuan tersebut.

(2)           Sekiranya pertubuhan belia ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan belia  yang sah dari segi undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut;

(3)           Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut.




Diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja pada 2010
Diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 2012






DASAR PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN 
PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 

PERKARA 1: NAMA
Pertubuhan belia ini dikenali sebagai Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya atau ringkasnya PBPRS di dalam Perlembagaan ini.

PERKARA 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
(1) Alamat Pos Berdaftar
  1. Alamat pos berdaftar pertubuhan belia ini ialah di : 
  2. No 33, Jalan Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300 
(2) Alamat Urusan Berdaftar
  1. Alamat urusan berdaftar pertubuhan belia ini ialah di : 
  2. No 33, Jalan Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300 
(3) Alamat pos berdaftar dan alamat urusan berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Kerja dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan Belia.

PERKARA 3 : LIABILITI DAN AHLI JAWATANKUASA INDUK KEBANGSAAN

           1) Satu jawatan di peruntukan bagi "founder & co-founder" ataupun pengasas kepada
               pertubuhan ini sebagai satu liabiliti atau keutamaan di atas jasa yang telah diberikan
               dan sebagai satu penghargaan kepada  pengasas di atas usaha murni yang telah     
               dijalankan ; dengan ini perkara yang diperuntukan 

              a) Presiden - Liabilit kepada founder
     
              b) Timbalan Presiden - Liabiliti kepada co-founder

           2) Peruntukan bagi Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan atau MAJKTP seperti yang
               telah diperuntukan di dalam Perlembagaan Pertubuhan di bawah Fasal 13 (1-3) ;
  1.     a) Pengerusi 

  2.     b) Timbalan pengerusi 

  3.     c) Setiausaha Kehormat 

  4.     d) Timbalan Setiausaha Kehormat
            ( jika dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat agong) 

  5.     e) Bendahari 

  6.     f) Timbalan Bendahari Kehormat
           ( jika dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat) 

    3) Liabiliti kepada founder dan co-founder pemilihan dan pencalonan MAJKT perlu mendapat
        kelulusan dan sokongan dari founder dan co-founder serta mereka berhak untuk memecat
        mana-mana ahli jawatankuasa atau ahli pertubuhan tanpa sebarang notis jika terbukti terlibat
        dalam penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, perjudian dll ; seperti yang termaktub di
        dalam perundangan pertubuhan dibawah Fasal 24 : Larangan Perkara (1-3).
PERKARA 4 : AHLI JAWATANKUASA KERJA KEBANGSAAN

         1)  Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Peringkat Kebangsaan bagi   
              Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia
  1. (a)  Ketua Eksekutif Majlis Latihan dan Anugerah Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan dan  
           Antarabangsa 

  2. (b)  Ketua Eksekutif Latihan dan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan 

  3. (c)  Ketua Eksekutif latihan dan Pengurusan Hubungan Luar Kebangsaan dan Antarabangsa 

  4. (d)  Ketua Eksekutif Keahlian dan Pendaftaran 

    (e) Ketua Eksekutif Bahagian Pendidikan

    (f) Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan Pertubuhan dan Penasihat Undang-undang

    (g) Ketua Eksekutif Pergerakan Khas 

        2) Berikut merupakan senarai bidang tugas AJK Kerja Kebangsaan ;

  1. (a)  Ketua Eksekutif Majlis Latihan dan Anugerah Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan dan  
           Antarabangsa

           i) Menyediakan borang pencalonan Anugerah Tertinggi Pertubuhan

          ii) Menguruskan hal-ehwal dan perihal yang berkaitan dengan Anugerah Tertinggi
              Pertubuhan

         iii) Berkuasa untuk melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja kecil

        iv) Menguruskan hal-hal perihal Anugerah Pertubuhan lain jika perlu


  2. (b)  Ketua Eksekutif Latihan dan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan

         i) Menjadi pengurus bagi setiap program yang melibatkan kemahiran PRS

         ii) Penggerak utama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pembentukan dan
             kemahiran PRS

       iii) Berkuasa melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja Kecil

       iv) Menguruskan hal-ehwal dan perihal yang berkaitan ;


  3. (c)  Ketua Eksekutif latihan dan Pengurusan Hubungan Luar Kebangsaan dan Antarabangsa

      i) Menjadi pegawai penghubung bagi pertubuhan untuk agensi, NGO, badan berkanun atau
         kerajan yang berkaitan 

      ii) Menguruskan hal-ehwal dan perihal yang berkaitan dengan bidang perhubungan sama ada
          di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    iii) Berkuasa untuk melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja Kecil


  4. (d)  Ketua Eksekutif Keahlian dan Pendaftaran

    i) Menyediakan borang pendaftaran pertubuhan

    ii) Menguruskan perihal yang berkaitan dengan pendaftaran ahli kelab secara individu atau
        berkumpulan

    iii) Berkuasa melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja Kecil 


    (e) Ketua Eksekutif Bahagian Pendidikan

    i) Menguruskan perihal yang berkaitan dengan aspek pendidikan iaitu Pembing Rakan Sebaya
       Sekolah, Pembimbing Rakan Siswa dan Pembimbing Rakan Sekerja 

    ii) Berkuasa melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kecil 


    (f) Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan Pertubuhan dan Penasihat Undang-undang

    i) Mempunyai kelayakan dalam bidang perundangan

    ii) Sebagai pemegang amanah yang menjaga dan mentadbir undang-undang pertubuhan

    iii) Menyemak dan menyedikan perundangan pertubuhan 

    iv) Berkuasa menlantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kecil yang mempunyai kelayakan


    (g) Ketua Eksekutif Pergerakan Khas 

    i) Menguruskan hal-hal dan perihal yang tergempar

    ii) Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pertubuhan di bawah bidang kuasa yang telah    
        ditetapkan
PERKARA 5 : AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN (INDUK)
  1. (1)  Pengerusi 

  2. (2)  Timbalan Pengerusi 

  3. (3)  Setiausaha Kehormat 

  4. (4)  Timbalan Setiausaha 
    (jika difikirkan perlu dan dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat) 

  5. (5)  Bendahari 

  6. (6)  Timbalan Bendahari Kehormat
    (jika difikirkan perlu dan dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat) 
PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN

  1. (a)  Bahagian Latihan dan Anugerah Tertinggi Pertubuhan

  2. (b) Bahagian Latihan dan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan

  3. (c)  Bahagian Latihan dan Pengurusan Hubungan Luar Kebangsaan dan Antarabangsa

  4. (d)  Bahagian Keahlian dan Pendaftaran

    (e) Bahagian Pendidikan

    (f)  Bahagian Perundangan Pertubuhan dan Penasihat Undang-undang

    (g) Bahagian Pergerakan Khas 

PERKARA 7 : MAJLIS EKSEKUTIF KEJURULATIH KEBANGSAAN

          a) Pengerusi

         b) Timbalan Pengerusi

         c) Setiausaha

        d) Bendahari

       e) 7 orang ahli jawatankuasa kerja


PERKARA 8 : PENAUNG-PENAUNG DAN PENASIHAT

          (1) Penaung Diraja


“  Penaung Diraja yang terdiri daripada Ahli-ahli kerabat diraja seperti Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Y.A.M Sultan Negeri, Y.A.M Raja-raja Pemerintah, Y.A.M Tengku Mahkota, Y.A.M Raja Muda, Y.A.M Tengku Puan Raja Muda, Y.A.M Pemangku Sultan, Y.M anak-anak sultan / raja / kerabat yang setara dengannya.”


           (i) Bidang kuasa Penaung Diraja adalah sebagai pundak tertinggi kepimpinan persatuan

         (ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Diraja Pertubuhan Belia Pembimbing
              Rakan Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)

         (iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
                Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian

         (iv) Sebagai penasihat pertubuhan
  1. (2)  Penaung Utama 

    ( Orang-orang kenamaan, berkedudukan dan mempunyai status di dalam masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang yang berkenaan, berpengalaman, mampu menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini di sarankan Menteri Belia dan Sukan atau Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat) 


     (i) Bidang kuasa kedua tertinggi dalam kepimpinan pertubuhan

    (ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
          Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)

    (iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
           Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian

    (iv) Sebagai penasihat pertubuhan

    (v) Memangku Penaung Diraja sekiranya Penaung Diraja tidak dapat hadir untuk menjalankan
         tugas


  2. (3)  Penaung Kehormat 

    ( Orang-orang berkaitan yang mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang yang berkenaan, berpengalaman, mampu menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini) 


     (i) Bidang kuasa ketiga tertinggi dalam kepimpinan persatuan

     (ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
           Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)

    (iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
           Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian

    (iv) Sebagai penasihat pertubuhan

    (v) Memangku Penaung Utama sekiranya Penaung Utama tidak dapat hadir untuk menjalankan
         tugas

  3. (4)  Penasihat Utama 

    ( Orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang tertentu dan mampu menyumbangkan buah fikiran dalan memajukan pertubuhan ini). 


     (i) Bidang kuasa keempat tertinggi dalam kepimpinan persatuan 

     (ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
           Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)

    (iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
           Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian

    (iv) Sebagai penasihat yang paling utama dalam pertubuhan terutamanya dari aspek pergerakan,
          kepimpinan organisasi, kemahira dan lain-lain yang berkaitan.

    (v) Memangku Penaung Kehormat sekiranya Penaung Kehormat tidak dapat hadir untuk
         menjalankan tugas

    (vi) Peneraju utama bagi Majlis Kejurulatihan Pertubuhan
PERKARA 9 : ANUGERAH TERTINGGI DAN ANUGERAH KHAS PERTUBUHAN

           (1) Anugerah Khas Penaung Diraja Pertubuhan

                 ( i ) Pingat Jasa Diraja (Penaung Diraja)

                       Pingat Bintang Jasa ini merupakan Anugerah Khas yang paling tertinggi persatuan
                       berikan kepada orang-orang yang telah menyumbangkan tenaga, masa,
                       kewangan, idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini sepanjang masa
                       dan telah memajukan pertubuhan ini di peringkat Anatarabangsa, Kebangsaan ataupun
                       Cawangan. 

                  (ii) Pingat Bintang Kehormat (Penaung Diraja)

                        Pingat Bintang Kehormat ini merupakan Anugerah Khas kedua tertinggi yang di
                        berikan oleh pertubuhan kepada Mantan Penaung Utama, Penaung Kehormat ,
                        Penasihat Utama, Founder, Co-founder,  Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha
                        Kehormat, Bendahari Kehormat dan Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan
                        Kebangsaan Sahaja sahaja..

                  (iii) Anugerah Khas Penaung Diraja (Penaung Diraja)
                  
                       Anugerah ini deberikan oleh Penaung Diraja kepada mana-mana ahli pertubuhan yang
                       telah menunjukan jasa yang terpuji dan cemerlang. Anugerah ini merupkan hak
                       eksklusif pertubuhan dimana ianya juga diberikan kepada mana-mana ahli bukan
                       periman yang banyak membantu dan menggerkan pertubuhan ini. Anugerah ini
                       diberikan dengan nasihat dan cadangan daripada (MAJKT)


         (2)  Anugerah Khas Kepemimpinan Pertubuhan

                 (i)   Anugerah Kepemimpinan Pembimbing Rakan Sebaya 

                 (ii)  Anugerah Sijil Kepemimpinan Kreatif dan Inovasi

                 (iii)  Anugerah Sijil Khidmat Bakti Cemerlang 

                 (iv)  Anugerah  Kejurulatihan

• Anugerah Khas Kepemimpinan Pertubuhan ini merupakan satu hak istimewa pertubuhan yang disampaikan oleh Penaung Utama, Penaung Kehormat atau Penasihat Utama sahaja dan diberikan kepada ahli-ahli pertubuhan yang layak menerimanya mengikut performa dan sayarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi

          
          (3) Anugerah Khas Pertubuhan

                (i) Anugerah Keahlian Seumur Hidup

                (ii) Anugerah Tokoh Pembimbing Rakan Sebaya 


• Anugerah Khas Pertubuhan ini merupakan satu hak istimewa pertubuhan yang disampaikan oleh Penaung Utama, Penaung Kehormat Penasihat Kehormat sahaja dan diberikan kepada ahli-ahli pertubuhan yang layak menerimanya mengikut performa yang telah diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi

PERKARA 10 : SKIM LATIHAN DAN KEMAHIRAN

       (1) Pentauliahan PRS Tunas (Sekolah Rendah - Darjah 4-6) 

             Latihan Kemahiran :

             Latihan Kemahiran Kendiri 
             Latihan Penyelesaian Masalah
             Latihan Asas Komunikasi 
             Ujian Pentauliahan

       (2) Persediaan PRS Muda (Pentauliahan Pra PRS Muda, Sekolah Rendah-Khas Darjah 6)

            Latihan Kemahiran :

            Pengenalan PRS Sekolah Menengah 
            Modul Sekolah Harmoni
            Modul Sekolahku Syurgaku (Peranan PRS Menangani Gejala Sosial)

       (3) PRS Muda (Sekolah Menengah - Tingakatan 1-3)

             Latihan Kemahiran :

             Kemahiran Asas Kaunseling 
             Kemahiran Kendiri 
             Kemahiran Komunikasi 
             Ujian Keremajaan
             Pentauliahan

        (4) PRS Senior (Sekolah Menengah – Tingkatan 4-5/6)

              Latihan Kemahiran :

             Kemahiran Etiket Sosial 
             Kemahiran Kendiri
             Kemahiran Kepemimpinan 

             Kemahiran Pengucapan Awam Kemahiran 
             Pengurusan Masa 
             Kemahiran Pengurusan Mesyuarat 
             Kemahiran Tutor Sebaya

       (5) Pembimbing Rakan Siswa

             Latihan Kemahiran :

             Perkhemahan             Kemahiran Insaniah
             Kemahiran Kepemimpinan 
             Kemahiran Pengurusan Program
             Kemahiran Pengucapan Awam 
             Khidmat Komuniti
             Keusahawanan
             dan lain-lain yang berkaitan 

12. (a) Semua latihan diatas diambil dari performa yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
           Malaysia (Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya) yang telah digubal di Instut Aminuddin
           Baki.


PERKARA 11 : UNIFORM

          (1)  Majlis rasmi
                Majlis rasmi bersama Penaung Diraja, Penaung Utama, Penaung Kehormat, Penasihat   
                Utama dan majlis rasmi bersama pertubuhan-pertubuhan yang lain sama ada jemputan
                rasmi ataupun tidak rasmi etika pemakaian ialah :

               Lelaki :

               (a) Songkok
               (b) Baju melayu berwarna hitam (kosong) 

               (c) Samping songket berwarna hitam
               (d) Kasut kulit hitam
               (e) Selempang Pemimpin (
Hanya untuk Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan
                     dan Penanung sahaja)

               Perempuan :

               (a) Tudung kosong berwarna unggu
               (b) Baju kurung/kebaya/kurung moden/kebarung kain kosong unggu 
               (c) Kain songket
               (d) Kasut kulit bertumit 2/3 tinggi
               (e) Selempang Pemimpin (Hanya untuk Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan
                    dan Penanung sahaja)

           (2) Perkhemahan, Program Turun Padang

                 Lelaki :

                 (a) Uniform baju korporat berwarna ungu 
                 (b) Seluar slack warna hitam
                 (c) Kasut kulit


                Perempuan :

                (a) Tudung kosong berwarna unggu
                (b) Uniform baju korporat berwarna unggu 
                (c) Seluar/kain slack warna hitam
                (d) Kasut kulit bertumit 2/3 tinggi

            (3) Aktiviti kembara, Aktiviti lasak

                 Lelaki :

                 (a) Uniform t-shirt berwarna unggu (pertubuhan)
                 (b) Seluar track-suite warna hitam 
                 (c) Kasut sukan

               Perempuan :

                (a) Tudung kosong berwarna unggu
                (b) Uniform t-shirt berwarna unggu (pertubuhan)
                (c) Seluar track-suite 
                (d) Kasut sukan

PERKARA 12 : KEAHLIAN

Bayaran Masuk: RM 10.00
Yuran Tahunan
: RM 11.00
Bayaran Keahlian Seumur Hidup
: RM 250.00

Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1hb Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

Keahlian Berdaftar : Ahli-ahli yang membayar sebanyak RM 10.00 untuk bayaran masuk dan membayar yuran tahunan sebanyak RM 11.00 akan menerima kad keahlian tahunan dan akan menerima sijil keahlian tahunan.

Keahlian Seumur Hidup : Ahli-ahli pertubuhan yang membayar sebanyak RM 250.00 akan di berikan Anugerah Keahlian Seumur Hidup, menerima sijil, kad keahlian seumur hidup dan apabila umur melebihi 40 tahun, pemegang sijil keahlian seumur hidup akan dilantik menjadi ex-officier yang akan membantu menggerakan persatuan dan memajukan persatuan. 

______________________________________________________________

Dasar Pembentukan Perlembagaan dan Undang-undang Pertubuhan ini telah diluluskan pada Januari 2012 dan dibuat gubalan pada Disember 2012 dan Mac 2013

Gubalan tekini  Mac 2013.

Nur Syaheda bt Abdul Basir
Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan dan Penasihat Undang-undang
Bachelor. Hons Syariah and Civil Law. University Insaniah College 

1 comment:

  1. Salam,

    Where do I get the uniform?? I searched everywhere around Shah Alam - Kaunselor, Professor, etc....all of them do not have purple vest & tie. Please help!
    Kindly email to zie.7888@yahoo.com.
    Thank you very much in advance!!

    ReplyDelete