PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
FASAL
1: NAMA
Pertubuhan belia
ini dikenali sebagai Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
Sebaya atau ringkasnya PBPRS di dalam Perlembagaan
ini.
FASAL 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
(1) Alamat Pos Berdaftar
Alamat pos berdaftar
pertubuhan belia ini ialah di :
No 33, Jalan
Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300
(2) Alamat Urusan
Berdaftar
Alamat urusan berdaftar
pertubuhan belia ini ialah di :
No 33, Jalan
Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300
(3) Alamat pos berdaftar dan
alamat urusan berdaftar ini
tidak boleh diubah
tanpa kelulusan Jawatankuasa
Kerja dan
hanya boleh dikuatkuasakan
setelah mendapat kebenaran
bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan Belia.
FASAL 3:
TAFSIRAN
(1)
“PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ”
ertinya
sebuah pertubuhan yang membantu belia-belia bagi menguasai pelbagai kemahiran
menolong terutama kepada belia yang sebaya dengan umur mereka. Dan menjadi role
model yang cemerlang kepada belia-belia yang lain.
(2) “MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN” ertinya mesyuarat yang wajib diadakan oleh pertubuhan belia ini
pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 10 Perlembagaan ini.
(3) “JAWATANKUASA KERJA” ertinya badan pengelola bagi pertubuhan belia ini seperti yang
disebutkan dalam fasal 13 Perlembagaan ini.
(4) “JAWATANKUASA KECIL” ertinya Jawatankuasa
yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 15.
(6) “AHLI” ertinya ahli atau anggota pertubuhan
belia seperti yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini.
(7) “PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA” ertinya Pendaftar Pertubuhan Belia yang
dilantik di bawah subseksyen 4(1)
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
FASAL
4: TUJUAN
(1) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi,
meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya
menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
(2) Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan,
sukan, kerohanian dan lain-lain;
(3) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan
komuniti setempat;
(4) Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program
latihan kepimpinan, kemahiran menolong dan keusahawanan;
(5) Menjalankan
aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
(6) Bekerjasama dengan
agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.
(7)
Untuk melatih
ahli-ahli pertubuhan yang terdiri daripada
seorang remaja dan belia agar mempunyai personaliti diri yang baik dan
mempunyai nilai-nilai intergriti yang tinggi.
(8) Membantu kerajaan dan
ahli masyarakat supaya dapat membendung masalah sosial dalam kalangan remaja
dan belia serta membantu ahli-ahli pembimbing rakan sebaya di sekolah menengah
dan rendah memantapkan ilmu kemahiran PRS di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Guru Kaunseling.
(9) Melahirkan ahli-ahli
persatuan yang setia akan negara, Raja dan undang-undang negara serta menjadi
ahli komuniti yang berguna kepada masyarakat dan negara, seterusnya dapat
melahirkan generasi muda yang mampu mendukung cita-cita dan aspirasi negara.
(10) Memberi peluang, latihan dan pendedahan kepada ahli-ahli pertubuhan dari
aspek kepimpinan dan mampu membimbing rakan yang sebaya dengan mereka supaya
mampu berfikir secara matang dan seterusnya menjadi salah sebuah paltform bagi
membanteras gejala sosial dan memupuk perpaduan kaum.
FASAL
5: LOGO/LAMBANG/BENDERA
(1) Lambang pertubuhan ini terdiri daripada bulatan yang
berwarna unggu, yang melambangkan
lingkaran kehidupan, di dalamnya terdapat lambang manusia yang berwarna
kuning,biru dan merah melambangkan kesepakatan, kesucian dan kebebasan untuk
bersuara, disebelah atas lambang manusia terdapat hurup “P,B,P,R,S” yang
melambangkan nama ringkas pertubuhan iaitu Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
Sebaya, dibawahnya terdapat moto
pertubuhan ini iaitu sedia membimbing dalam bahasa melayu, disebelah kanannya
terdapat logo pembimbing rakan sebaya sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
FASAL
6: PERMOHONAN MENJADI AHLI
(1) Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah
seperti berikut :
(a)
Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang
daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;
(c) Sangup memberi komitmen
dan kerjasama di dalam setiap perkara
bagi memastikan kelancaran persatuan
(d) Sanggup mematuhi
peraturan atau perlembagaan Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya ini pada setiap masa;
(2)
Permohonan untuk
menjadi ahli Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia ini hendaklah
dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha
untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
Sebaya untuk kelulusan.
(3) Jawatankuasa Kerja
Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya boleh menolak mana-mana permohonan
untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah
muktamad.
(4) Tiap-tiap pemohon yang
permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran
tahunan yang pertama.
FASAL
7: BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN
LAIN
(1)
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh ahli
adalah seperti berikut:
Bayaran masuk RM
10.00 Yuran Tahunan RM 11.00
(2)
Yuran tahunan
hendaklah dibayar tidak
lewat dari 1hb Februari
tiap-tiap tahun kepada Bendahari.
Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh
menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.
(3)
Sekiranya yuran
tahunan tidak dijelaskan
dalam tempoh satu
tahun tanpa alasan
yang munasabah, Jawatankuasa
Kerja berhak memberhentikan keahlian
ahli yang berkenaan.
(4)
Bayaran-bayaran lain
untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan
persetujuan Jawatankuasa.
(5) Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya
ingin menjadi ahli
semula, beliau
dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan
bayaran pendaftaran, yuran
tahunan dan penalti sebanyak
RM 20.00 Permohonan ini
tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja.
FASAL 8: TANGGUNGJAWAB
DAN HAK AHLI
(1)
Setiap ahli
bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan pertubuhan belia
ini pada setiap masa;
(2)
Setiap ahli
bertanggungjawab untuk memelihara nama baik pertubuhan belia ini pada setiap
masa;
(3)
Setiap ahli
bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat pada waktunya;
(4)
Setiap ahli berhak menerima satu salinan Perlembagaan
pertubuhan belia ini;
(5)
Setiap ahli yang
layak, berhak untuk hadir, bercakap, mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan
dalam mesyuarat yang berkenaan;
FASAL
9: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1)
Mana-mana ahli yang membuat
permohonan bertulis untuk
berhenti menjadi ahli
dan permohonannya itu
diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja
adalah dianggap sebagai
telah berhenti menjadi ahli.
(2)
Setiap ahli yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan
Perlembagaan pertubuhan
belia boleh dipecat
atau digantung keahliannya bagi
sesuatu tempoh masa
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kecil Disiplin
atau sebarang jawatankuasa kecil lain yang sah dibentuk di bawah perlembagaan
ini. Sebelum tindakan sedemikian diambil,
ahli itu hendaklah
diberikan surat tunjuk sebab.
Ahli berkenaan hendaklah
diberi peluang untuk membela
diri. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang
ditetapkan oleh jawatankuasa kecil berkenaan. Ahli
yang terbabit boleh
mengemukakan rayuan kepada
Jawatankuasa Kerja dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh keputusan pemberhentian
tersebut. Jawatankuasa Kerja mempunyai
kuasa samada untuk
menerima, menolak atau membuat
apa-apa keputusan yang
lain berhubung dengan
rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Kerja tersebut adalah
muktamad.
FASAL
10: MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
(1)
Mesyuarat Agung
Tahunan adalah badan yang
tertinggi dan menyeluruh bagi
pertubuhan belia ini berdasarkan
kepada tujuan dan matlamatnya.
(2)
Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah diadakan tidak
lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang
akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Kerja. Sekurang-kurangnya
empat belas (14) hari notis, hendaklah diberikan secara bertulis
oleh Setiausaha kepada
semua ahli. Notis itu
hendaklah disertakan dengan
agenda mesyuarat
bersama-sama dengan semua
salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut.
(3)
Korum Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah
dihadiri oleh tidak kurang
satu pertiga (1/3)
daripada bilangan keahlian yang
layak mengundi. Sekiranya
korum tidak mencukupi selepas satu
(1) jam dari
masa yang ditetapkan,
maka mesyuarat itu hendaklah
ditunda kepada tarikh
baru dalam tempoh tiga puluh (30)
hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi pada
tarikh baru mesyuarat
itu, maka ahli-ahli yang hadir
bolehlah meneruskan mesyuarat
seperti yang telah ditetapkan
kecuali meminda perlembagaan pertubuhan belia.
(4)
Setiausaha hendaklah
menghantar kepada semua ahli
dan Pendaftar Pertubuhan Belia
salinan Penyata Tahunan
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari
setelah selesainya mesyuarat tersebut.
FASAL
11: AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
(1)
Mesyuarat Agung
Tahunan hendaklah mengandungi antara lain
agenda-agenda berikut :-
(a)
Menerima dan
mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;
(b)
Menerima dan
meluluskan Laporan Jawatankuasa Kerja/Jawatankuasa Kecil berkenaan
aktiviti pertubuhan belia dalam sepanjang tahun yang lalu;
(c)
menerima dan
meluluskan Laporan Bendahari
dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun yang lalu;
(d)
menguruskan hal-hal
lain yang dibentangkan
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ; dan
(e)
memilih Jawatankuasa
Kerja yang baru
mengikut fasal 13 Perlembagaan ini dan melantik
dua (2) orang juruaudit
mengikut fasal 18
Perlembagaan ini setiap
dua (2) tahun sekali.
FASAL
12: MESYUARAT AGUNG KHAS
(1)
Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan belia ini boleh diadakan:
(a)
bila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa Kerja; atau
(b)
atas permintaan
secara bertulis oleh
tidak kurang daripada
separuh (1/2) daripada
jumlah ahli yang
berhak mengundi dengan
menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.
(c)
Mesyuarat Agung
Khas yang diminta
oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh dalam
tempoh satu (1)
bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
tersebut.
(d)
Korum Mesyuarat Agung
Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung
Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam
dari waktu yang
telah ditetapkan bagi
mesyuarat itu, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan
sekurang-kurangnya enam (6) bulan
daripada tarikh ini
Mesyuarat Agung Khas
atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
FASAL 13: JAWATANKUASA
KERJA
(1) Jawatankuasa Kerja terdiri daripada:
(a)
Pengerusi
(b)
Timbalan
Pengerusi
(c)
Setiausaha
(d)
Bendahari
dan
(e) 7 orang Ahli Jawatankuasa
(2)
Setiausaha, dan
Bendahari adalah dilantik oleh
Pengerusi dengan persetujuan
Jawatankuasa Kerja dalam mesyuarat pertama
Jawatankuasa Kerja tersebut selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
(3) Semua “pemegang jawatan” sepertimana yang
ditafsirkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 adalah
tertakluk kepada Seksyen 13 Akta tersebut berkaitan kehilangan kelayakan.
FASAL 14: TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA
(1) Melantik Pengerusi
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil.
(2) Menguatkuasakan dasar-dasar
dan keputusan Mesyuarat
Agung Tahunan atau Khas.
(3) Mengurus dan mentadbir
pertubuhan belia ini dan menjalankan program atau aktiviti dari semasa ke
semasa.
(4) Mengkaji dan
meluluskan perbelanjaan pentadbiran
dan perbelanjaan program atau
aktiviti yang diluluskan.
(5) Meluluskan peraturan-peraturan baru
atau cadangan pindaan
perlembagaan untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau
Khas.
(6) Menimbang rayuan terhadap keputusan
Jawatankuasa Kecil Disiplin bagi ahli-ahli pertubuhan belia.
(7) Membuat pelantikan
dan pemberhentian kakitangan
pengurusan yang bergaji jika ada.
(8) Menimbang permohonan
mana-mana orang untuk menjadi ahli pertubuhan belia.
FASAL 15: TUGAS AHLI
JAWATANKUASA KERJA
(1)
Pengerusi
(a)
Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa
Kerja.
(b)
Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas
pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia.
(c)
Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan
Bendahari pertubuhan belia dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.
(d) Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama
Bendahari pertubuhan belia.
(2)
Timbalan Pengerusi
(a)
Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan
Pengerusi.
(b)
Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab
mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.
(3)
Setiausaha
(a)
Bertanggungjawab
kepada Pengerusi.
(b)
Melaporkan kepada
Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat
pertubuhan belia.
(c) Mengendalikan
urusan surat menyurat, penyimpanan rekod, fail dan dokumen pertubuhan belia.
(d)
Mengemaskini
daftar ahli pertubuhan belia.
(e)
Menghadiri semua
mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.
(f)
Menguruskan
persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
(g)
Mengemukakan
kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas Mesyuarat Agung
Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas
berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana
yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan
Belia 2007.
(4)
Bendahari
(a)
Menguruskan hal
berkaitan kewangan pertubuhan belia.
(b)
Menyedia dan
membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi tujuan Mesyuarat Agung
Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(c)
Menandatangani
cek pertubuhan belia bersama-sama Pengerusi.
(d)
Mengemaskini
semua rekod kewangan pertubuhan belia.
(e)
Mengutip semua
jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli pertubuhan belia.
(5)
Ahli Jawatankuasa
(a)
Mempengerusikan
Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja pertubuhan belia.
(b) Mempengerusikan
semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang diketuainya.
(c)
Membantu dalam
pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara keseluruhan.
(d)
Memastikan
Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya.
FASAL 16:
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
(1) Jawatankuasa Kerja
hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3)
bulan. Notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan
tujuh (7) hari
sebelum tarikh mesyuarat.
(2)
Pengerusi boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada bila-bila
masa beliau fikirkan perlu.
(3)
Sekurang-kurangnya lima
(5) orang daripada
Ahli Jawatankuasa
Kerja hendaklah
hadir bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan
mencukupkan korum mesyuarat tersebut.
FASAL 17: KEWANGAN
(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
berikut dalam perlembagaan ini, wang pertubuhan belia ini boleh digunakan untuk
perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan belia termasuklah
perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia serta perbelanjaan
lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun wang itu
tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti mana-mana pemegang jawatan atau
ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari
dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit
Malaysia Satu Ribu) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mestilah dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan belia.
(3) Semua
cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia hendaklah ditandatangani
bersama oleh Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan
Pengerusi merupakan pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan
pengeluaran wang pertubuhan belia.
(4)
Perbelanjaan
yang melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa perlu
diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang
melebihi RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) bagi satu-satu masa perlu
mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
(5)
Penyata
darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik
dengan seberapa segera setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata
kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan
untuk makluman semua ahli pertubuhan belia.
(6)
Tahun
kewangan pertubuhan belia ini bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember
tiap-tiap tahun.
FASAL 18: JURUAUDIT
(1)
Dua
(2) orang ahli yang bukan menjadi
Ahli Jawatankuasa Kerja boleh dilantik semasa
Mesyuarat Agung Tahunan
sebagai Juruaudit. Tugas mereka adalah
membuat pemeriksaan terhadap penyata
kewangan pertubuhan belia dan
membuat laporan dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan
dengan kewangan pertubuhan belia.
(2)
Mesyuarat Agung
Tahunan boleh juga
melantik Firma Audit
yang bertauliah bagi menjalankan
kerja-kerja auditan ke atas pertubuhan belia sekiranya perlu.
FASAL 19: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Tertakluk kepada peruntukan dalam Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Jawatankuasa Kerja boleh
memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini. Jawatankuasa Kerja juga
boleh memutuskan perkara-perkara yang
tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini sekiranya perlu dengan syarat
tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang.
FASAL 20:
PERTIKAIAN DALAMAN
Adalah menjadi tugas
Jawatankuasa Kerja untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang
timbul di kalangan
ahli-ahli mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
FASAL
21: PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT
(1)
Jawatankuasa Kerja
boleh melantik seorang Penaung yang bukan dari kalangan ahli
pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia sekiranya perlu.
(2) Jawatankuasa Kerja juga boleh melantik
Lembaga Penasihat yang bilangannya tidak melebihi tiga (3) orang bukan dari
kalangan ahli pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia sekiranya
perlu.
(3) Penaung atau Lembaga
Penasihat tersebut hendaklah tidak
mempunyai hak untuk
mengundi atau kuasa membuat keputusan bagi pihak pertubuhanPembimbing
Rakan Sebaya Belia Malaysia .
FASAL
22: PEMEGANG AMANAH
(1)
Tiga
(3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki
oleh pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia. Semua harta tetap kepunyaan
pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia akan diamanahkan kepada
mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
(2)
Pemegang
Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah hakmilik harta
kepunyaan pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia dengan tidak
mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
pertubuhan Pembimbing Rakan Sebaya Belia Malaysia.
(3)
Seseorang
Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung
Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam
negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan
tugasnya. Pemegang Amanah yang baru boleh dilantik bagi menggantikan Pemegang
Amanah tersebut melalui Mesyuarat Agung Tahunan.
FASAL
23: PINDAAN PERLEMBAGAAN
(1)
Perlembagaan ini
tidak boleh diubah
atau dipinda kecuali
dengan persetujuan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau
Mesyuarat Agung Khas.
(2) Permohonan untuk
meminda perlembagaan ini hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam
masa enam puluh
(60) hari dari
tarikh keputusan mesyuarat yang
memutuskan perihal perubahan
atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini
tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis Pendaftar
Pertubuhan Belia.
FASAL 24: LARANGAN
(1)
Segala bentuk perjudian yang
bertentangan dengan Undang-undang Malaysia atau permainan yang disebutkan di
bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah atau premis pertubuhan belia :
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow,
Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah,
semua permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan
yang bergantung semata-mata kepada nasib;
(2)
Pertubuhan belia atau ahli-ahlinya
tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan
atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan
sekerja seperti difinisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;
(3)
Pertubuhan belia ini tidak boleh
menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama
pertubuhan belia atau pemegang jawatan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan
dan pihak berkuasa.
FASAL 25: PEMBUBARAN
(1)
Pertubuhan belia ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri
Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil untuk tujuan tersebut.
(2)
Sekiranya pertubuhan belia ini hendak
dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan
pertubuhan belia yang sah dari segi
undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus
mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut;
(3)
Kenyataan bersabit dengan pembubaran
itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 14 hari
dari tarikh pembubaran tersebut.
Diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja pada 2010
Diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 2012
DASAR PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN
(i) Bidang kuasa Penaung Diraja adalah sebagai pundak tertinggi kepimpinan persatuan
(ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Diraja Pertubuhan Belia Pembimbing
Rakan Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)
(iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian
(iv) Sebagai penasihat pertubuhan
(1) Anugerah Khas Penaung Diraja Pertubuhan
( i ) Pingat Jasa Diraja (Penaung Diraja)
Pingat Bintang Jasa ini merupakan Anugerah Khas yang paling tertinggi persatuan
berikan kepada orang-orang yang telah menyumbangkan tenaga, masa,
kewangan, idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini sepanjang masa
dan telah memajukan pertubuhan ini di peringkat Anatarabangsa, Kebangsaan ataupun
Cawangan.
(ii) Pingat Bintang Kehormat (Penaung Diraja)
Pingat Bintang Kehormat ini merupakan Anugerah Khas kedua tertinggi yang di
berikan oleh pertubuhan kepada Mantan Penaung Utama, Penaung Kehormat ,
Penasihat Utama, Founder, Co-founder, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha
Kehormat, Bendahari Kehormat dan Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan
Kebangsaan Sahaja sahaja..
(iii) Anugerah Khas Penaung Diraja (Penaung Diraja)
Anugerah ini deberikan oleh Penaung Diraja kepada mana-mana ahli pertubuhan yang
telah menunjukan jasa yang terpuji dan cemerlang. Anugerah ini merupkan hak
eksklusif pertubuhan dimana ianya juga diberikan kepada mana-mana ahli bukan
periman yang banyak membantu dan menggerkan pertubuhan ini. Anugerah ini
diberikan dengan nasihat dan cadangan daripada (MAJKT)
(2) Anugerah Khas Kepemimpinan Pertubuhan
(i) Anugerah Kepemimpinan Pembimbing Rakan Sebaya
(ii) Anugerah Sijil Kepemimpinan Kreatif dan Inovasi
(iii) Anugerah Sijil Khidmat Bakti Cemerlang
(iv) Anugerah Kejurulatihan
• Anugerah Khas Kepemimpinan Pertubuhan ini merupakan satu hak istimewa pertubuhan yang disampaikan oleh Penaung Utama, Penaung Kehormat atau Penasihat Utama sahaja dan diberikan kepada ahli-ahli pertubuhan yang layak menerimanya mengikut performa dan sayarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi
(3) Anugerah Khas Pertubuhan
(i) Anugerah Keahlian Seumur Hidup
(ii) Anugerah Tokoh Pembimbing Rakan Sebaya
• Anugerah Khas Pertubuhan ini merupakan satu hak istimewa pertubuhan yang disampaikan oleh Penaung Utama, Penaung Kehormat Penasihat Kehormat sahaja dan diberikan kepada ahli-ahli pertubuhan yang layak menerimanya mengikut performa yang telah diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi
PERKARA 10 : SKIM LATIHAN DAN KEMAHIRAN
(1) Pentauliahan PRS Tunas (Sekolah Rendah - Darjah 4-6)
Latihan Kemahiran :
Latihan Kemahiran Kendiri
Latihan Penyelesaian Masalah
Latihan Asas Komunikasi
Ujian Pentauliahan
Lelaki :
(a) Songkok
(b) Baju melayu berwarna hitam (kosong)
(c) Samping songket berwarna hitam
(d) Kasut kulit hitam
(e) Selempang Pemimpin (Hanya untuk Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan
dan Penanung sahaja)
Perempuan :
(a) Tudung kosong berwarna unggu
(b) Baju kurung/kebaya/kurung moden/kebarung kain kosong unggu
(c) Kain songket
(d) Kasut kulit bertumit 2/3 tinggi
(e) Selempang Pemimpin (Hanya untuk Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan
dan Penanung sahaja)
(2) Perkhemahan, Program Turun Padang
Lelaki :
(a) Uniform baju korporat berwarna ungu
(b) Seluar slack warna hitam
(c) Kasut kulit
Perempuan :
(a) Tudung kosong berwarna unggu
(b) Uniform baju korporat berwarna unggu
(c) Seluar/kain slack warna hitam
(d) Kasut kulit bertumit 2/3 tinggi
(3) Aktiviti kembara, Aktiviti lasak
Lelaki :
(a) Uniform t-shirt berwarna unggu (pertubuhan)
(b) Seluar track-suite warna hitam
(c) Kasut sukan
Perempuan :
(a) Tudung kosong berwarna unggu
(b) Uniform t-shirt berwarna unggu (pertubuhan)
DASAR PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN
PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PERKARA 1: NAMA
Pertubuhan belia ini dikenali sebagai Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya atau ringkasnya PBPRS di dalam Perlembagaan ini.
PERKARA 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
(1) Alamat Pos Berdaftar
PERKARA 3 : LIABILITI DAN AHLI JAWATANKUASA INDUK KEBANGSAAN
1) Satu jawatan di peruntukan bagi "founder & co-founder" ataupun pengasas kepada
pertubuhan ini sebagai satu liabiliti atau keutamaan di atas jasa yang telah diberikan
dan sebagai satu penghargaan kepada pengasas di atas usaha murni yang telah
dijalankan ; dengan ini perkara yang diperuntukan
a) Presiden - Liabilit kepada founder
b) Timbalan Presiden - Liabiliti kepada co-founder
2) Peruntukan bagi Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan atau MAJKTP seperti yang
telah diperuntukan di dalam Perlembagaan Pertubuhan di bawah Fasal 13 (1-3) ;
1) Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Peringkat Kebangsaan bagi
Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia
PERKARA 1: NAMA
Pertubuhan belia ini dikenali sebagai Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya atau ringkasnya PBPRS di dalam Perlembagaan ini.
PERKARA 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
(1) Alamat Pos Berdaftar
- Alamat pos berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :
- No 33, Jalan Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300
- Alamat urusan berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :
- No 33, Jalan Kesumba 3A/8, Bukit Beruntung 3, Rawang 48300
PERKARA 3 : LIABILITI DAN AHLI JAWATANKUASA INDUK KEBANGSAAN
1) Satu jawatan di peruntukan bagi "founder & co-founder" ataupun pengasas kepada
pertubuhan ini sebagai satu liabiliti atau keutamaan di atas jasa yang telah diberikan
dan sebagai satu penghargaan kepada pengasas di atas usaha murni yang telah
dijalankan ; dengan ini perkara yang diperuntukan
a) Presiden - Liabilit kepada founder
b) Timbalan Presiden - Liabiliti kepada co-founder
2) Peruntukan bagi Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan atau MAJKTP seperti yang
telah diperuntukan di dalam Perlembagaan Pertubuhan di bawah Fasal 13 (1-3) ;
- a) Pengerusi
- b) Timbalan pengerusi
- c) Setiausaha Kehormat
- d) Timbalan Setiausaha Kehormat
( jika dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat agong) - e) Bendahari
- f) Timbalan Bendahari Kehormat
( jika dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat)
3) Liabiliti kepada founder dan co-founder pemilihan dan pencalonan MAJKT perlu mendapat
kelulusan dan sokongan dari founder dan co-founder serta mereka berhak untuk memecat
mana-mana ahli jawatankuasa atau ahli pertubuhan tanpa sebarang notis jika terbukti terlibat
dalam penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, perjudian dll ; seperti yang termaktub di
dalam perundangan pertubuhan dibawah Fasal 24 : Larangan Perkara (1-3).
1) Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Peringkat Kebangsaan bagi
Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia
- (a) Ketua Eksekutif Majlis Latihan dan Anugerah Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan dan
Antarabangsa - (b) Ketua Eksekutif Latihan dan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan
- (c) Ketua Eksekutif latihan dan Pengurusan Hubungan Luar Kebangsaan dan Antarabangsa
- (d) Ketua Eksekutif Keahlian dan Pendaftaran
(e) Ketua Eksekutif Bahagian Pendidikan
(f) Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan Pertubuhan dan Penasihat Undang-undang
(g) Ketua Eksekutif Pergerakan Khas
2) Berikut merupakan senarai bidang tugas AJK Kerja Kebangsaan ;
- (a) Ketua Eksekutif Majlis Latihan dan Anugerah Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan dan
Antarabangsa
i) Menyediakan borang pencalonan Anugerah Tertinggi Pertubuhan
ii) Menguruskan hal-ehwal dan perihal yang berkaitan dengan Anugerah Tertinggi
Pertubuhan
iii) Berkuasa untuk melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja kecil
iv) Menguruskan hal-hal perihal Anugerah Pertubuhan lain jika perlu - (b) Ketua Eksekutif Latihan dan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan
i) Menjadi pengurus bagi setiap program yang melibatkan kemahiran PRS
ii) Penggerak utama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pembentukan dan
kemahiran PRS
iii) Berkuasa melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja Kecil
iv) Menguruskan hal-ehwal dan perihal yang berkaitan ; - (c) Ketua Eksekutif latihan dan Pengurusan Hubungan Luar Kebangsaan dan Antarabangsa
i) Menjadi pegawai penghubung bagi pertubuhan untuk agensi, NGO, badan berkanun atau
kerajan yang berkaitan
ii) Menguruskan hal-ehwal dan perihal yang berkaitan dengan bidang perhubungan sama ada
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
iii) Berkuasa untuk melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja Kecil - (d) Ketua Eksekutif Keahlian dan Pendaftaran
i) Menyediakan borang pendaftaran pertubuhan
ii) Menguruskan perihal yang berkaitan dengan pendaftaran ahli kelab secara individu atau
berkumpulan
iii) Berkuasa melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kerja Kecil
(e) Ketua Eksekutif Bahagian Pendidikan
i) Menguruskan perihal yang berkaitan dengan aspek pendidikan iaitu Pembing Rakan Sebaya
Sekolah, Pembimbing Rakan Siswa dan Pembimbing Rakan Sekerja
ii) Berkuasa melantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kecil
(f) Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan Pertubuhan dan Penasihat Undang-undang
i) Mempunyai kelayakan dalam bidang perundangan
ii) Sebagai pemegang amanah yang menjaga dan mentadbir undang-undang pertubuhan
iii) Menyemak dan menyedikan perundangan pertubuhan
iv) Berkuasa menlantik Majlis Eksekutif / Jawatankuasa Kecil yang mempunyai kelayakan
(g) Ketua Eksekutif Pergerakan Khas
i) Menguruskan hal-hal dan perihal yang tergempar
ii) Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pertubuhan di bawah bidang kuasa yang telah
ditetapkan
PERKARA 5 : AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN (INDUK)
a) Pengerusi
b) Timbalan Pengerusi
c) Setiausaha
d) Bendahari
e) 7 orang ahli jawatankuasa kerja
PERKARA 8 : PENAUNG-PENAUNG DAN PENASIHAT
(1) Penaung Diraja
- (1) Pengerusi
- (2) Timbalan Pengerusi
- (3) Setiausaha Kehormat
- (4) Timbalan Setiausaha
(jika difikirkan perlu dan dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat) - (5) Bendahari
- (6) Timbalan Bendahari Kehormat
(jika difikirkan perlu dan dipersetujui 2/3 dari ahli mesyuarat)
- (a) Bahagian Latihan dan Anugerah Tertinggi Pertubuhan
- (b) Bahagian Latihan dan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan
- (c) Bahagian Latihan dan Pengurusan Hubungan Luar Kebangsaan dan Antarabangsa
- (d) Bahagian Keahlian dan Pendaftaran
(e) Bahagian Pendidikan
(f) Bahagian Perundangan Pertubuhan dan Penasihat Undang-undang
(g) Bahagian Pergerakan Khas
a) Pengerusi
b) Timbalan Pengerusi
c) Setiausaha
d) Bendahari
e) 7 orang ahli jawatankuasa kerja
PERKARA 8 : PENAUNG-PENAUNG DAN PENASIHAT
(1) Penaung Diraja
“ Penaung Diraja yang terdiri daripada Ahli-ahli kerabat diraja seperti Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Y.A.M Sultan Negeri, Y.A.M Raja-raja Pemerintah, Y.A.M Tengku Mahkota, Y.A.M Raja Muda, Y.A.M Tengku Puan Raja Muda, Y.A.M Pemangku Sultan, Y.M anak-anak sultan / raja / kerabat yang setara dengannya.”
(i) Bidang kuasa Penaung Diraja adalah sebagai pundak tertinggi kepimpinan persatuan
(ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Diraja Pertubuhan Belia Pembimbing
Rakan Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)
(iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian
(iv) Sebagai penasihat pertubuhan
- (2) Penaung Utama
( Orang-orang kenamaan, berkedudukan dan mempunyai status di dalam masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang yang berkenaan, berpengalaman, mampu menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini di sarankan Menteri Belia dan Sukan atau Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat)(i) Bidang kuasa kedua tertinggi dalam kepimpinan pertubuhan
(ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)
(iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian
(iv) Sebagai penasihat pertubuhan
(v) Memangku Penaung Diraja sekiranya Penaung Diraja tidak dapat hadir untuk menjalankan
tugas - (3) Penaung Kehormat
( Orang-orang berkaitan yang mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang yang berkenaan, berpengalaman, mampu menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini)(i) Bidang kuasa ketiga tertinggi dalam kepimpinan persatuan
(ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan
Sebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)
(iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkat
Daerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian
(iv) Sebagai penasihat pertubuhan
(v) Memangku Penaung Utama sekiranya Penaung Utama tidak dapat hadir untuk menjalankan
tugas
- (4) Penasihat Utama
( Orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang tertentu dan mampu menyumbangkan buah fikiran dalan memajukan pertubuhan ini).(i) Bidang kuasa keempat tertinggi dalam kepimpinan persatuan(ii) Mempunyai hak dalam pemberian Anugerah Khas Pertubuhan Belia Pembimbing RakanSebaya Malaysia dengan perbincangan (MAJKT)(iii) Keterlibatan secara rasmi bagi program-program rasmi pertubuhan sama ada di peringkatDaerah, Negeri, Kebangsaan, Antarabangsa dan Institusi Pengajian(iv) Sebagai penasihat yang paling utama dalam pertubuhan terutamanya dari aspek pergerakan,kepimpinan organisasi, kemahira dan lain-lain yang berkaitan.(v) Memangku Penaung Kehormat sekiranya Penaung Kehormat tidak dapat hadir untukmenjalankan tugas(vi) Peneraju utama bagi Majlis Kejurulatihan Pertubuhan
(1) Anugerah Khas Penaung Diraja Pertubuhan
( i ) Pingat Jasa Diraja (Penaung Diraja)
Pingat Bintang Jasa ini merupakan Anugerah Khas yang paling tertinggi persatuan
berikan kepada orang-orang yang telah menyumbangkan tenaga, masa,
kewangan, idea dan buah fikiran dalam memajukan pertubuhan ini sepanjang masa
dan telah memajukan pertubuhan ini di peringkat Anatarabangsa, Kebangsaan ataupun
Cawangan.
(ii) Pingat Bintang Kehormat (Penaung Diraja)
Pingat Bintang Kehormat ini merupakan Anugerah Khas kedua tertinggi yang di
berikan oleh pertubuhan kepada Mantan Penaung Utama, Penaung Kehormat ,
Penasihat Utama, Founder, Co-founder, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha
Kehormat, Bendahari Kehormat dan Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan
Kebangsaan Sahaja sahaja..
(iii) Anugerah Khas Penaung Diraja (Penaung Diraja)
Anugerah ini deberikan oleh Penaung Diraja kepada mana-mana ahli pertubuhan yang
telah menunjukan jasa yang terpuji dan cemerlang. Anugerah ini merupkan hak
eksklusif pertubuhan dimana ianya juga diberikan kepada mana-mana ahli bukan
periman yang banyak membantu dan menggerkan pertubuhan ini. Anugerah ini
diberikan dengan nasihat dan cadangan daripada (MAJKT)
(2) Anugerah Khas Kepemimpinan Pertubuhan
(i) Anugerah Kepemimpinan Pembimbing Rakan Sebaya
(ii) Anugerah Sijil Kepemimpinan Kreatif dan Inovasi
(iii) Anugerah Sijil Khidmat Bakti Cemerlang
(iv) Anugerah Kejurulatihan
• Anugerah Khas Kepemimpinan Pertubuhan ini merupakan satu hak istimewa pertubuhan yang disampaikan oleh Penaung Utama, Penaung Kehormat atau Penasihat Utama sahaja dan diberikan kepada ahli-ahli pertubuhan yang layak menerimanya mengikut performa dan sayarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi
(3) Anugerah Khas Pertubuhan
(i) Anugerah Keahlian Seumur Hidup
(ii) Anugerah Tokoh Pembimbing Rakan Sebaya
• Anugerah Khas Pertubuhan ini merupakan satu hak istimewa pertubuhan yang disampaikan oleh Penaung Utama, Penaung Kehormat Penasihat Kehormat sahaja dan diberikan kepada ahli-ahli pertubuhan yang layak menerimanya mengikut performa yang telah diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi
PERKARA 10 : SKIM LATIHAN DAN KEMAHIRAN
(1) Pentauliahan PRS Tunas (Sekolah Rendah - Darjah 4-6)
Latihan Kemahiran :
Latihan Kemahiran Kendiri
Latihan Penyelesaian Masalah
Latihan Asas Komunikasi
Ujian Pentauliahan
(2) Persediaan PRS Muda (Pentauliahan Pra PRS Muda, Sekolah Rendah-Khas Darjah 6)
Latihan Kemahiran :
Pengenalan PRS Sekolah Menengah
Modul Sekolah Harmoni
Modul Sekolahku Syurgaku (Peranan PRS Menangani Gejala Sosial)
(3) PRS Muda (Sekolah Menengah - Tingakatan 1-3)
Latihan Kemahiran :
Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Kendiri
Kemahiran Komunikasi
Ujian Keremajaan
Pentauliahan
(4) PRS Senior (Sekolah Menengah – Tingkatan 4-5/6)
Latihan Kemahiran :
Kemahiran Etiket Sosial
Kemahiran Kendiri
Kemahiran Kepemimpinan
Kemahiran Pengucapan Awam Kemahiran
Pengurusan Masa
Kemahiran Pengurusan Mesyuarat
Kemahiran Tutor Sebaya
(5) Pembimbing Rakan Siswa
Latihan Kemahiran :
Perkhemahan Kemahiran Insaniah
Kemahiran Kepemimpinan
Kemahiran Pengurusan Program
Kemahiran Pengucapan Awam
Khidmat Komuniti
Keusahawanan
dan lain-lain yang berkaitan
12. (a) Semua latihan diatas diambil dari performa yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya) yang telah digubal di Instut Aminuddin
Baki.
PERKARA 11 : UNIFORM
Latihan Kemahiran :
Pengenalan PRS Sekolah Menengah
Modul Sekolah Harmoni
Modul Sekolahku Syurgaku (Peranan PRS Menangani Gejala Sosial)
(3) PRS Muda (Sekolah Menengah - Tingakatan 1-3)
Latihan Kemahiran :
Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Kendiri
Kemahiran Komunikasi
Ujian Keremajaan
Pentauliahan
(4) PRS Senior (Sekolah Menengah – Tingkatan 4-5/6)
Latihan Kemahiran :
Kemahiran Etiket Sosial
Kemahiran Kendiri
Kemahiran Kepemimpinan
Kemahiran Pengucapan Awam Kemahiran
Pengurusan Masa
Kemahiran Pengurusan Mesyuarat
Kemahiran Tutor Sebaya
(5) Pembimbing Rakan Siswa
Latihan Kemahiran :
Perkhemahan Kemahiran Insaniah
Kemahiran Kepemimpinan
Kemahiran Pengurusan Program
Kemahiran Pengucapan Awam
Khidmat Komuniti
Keusahawanan
dan lain-lain yang berkaitan
12. (a) Semua latihan diatas diambil dari performa yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya) yang telah digubal di Instut Aminuddin
Baki.
PERKARA 11 : UNIFORM
(1) Majlis rasmi
Majlis rasmi bersama Penaung Diraja, Penaung Utama, Penaung Kehormat, Penasihat
Utama dan majlis rasmi bersama pertubuhan-pertubuhan yang lain sama ada jemputan
rasmi ataupun tidak rasmi etika pemakaian ialah :
Majlis rasmi bersama Penaung Diraja, Penaung Utama, Penaung Kehormat, Penasihat
Utama dan majlis rasmi bersama pertubuhan-pertubuhan yang lain sama ada jemputan
rasmi ataupun tidak rasmi etika pemakaian ialah :
Lelaki :
(a) Songkok
(b) Baju melayu berwarna hitam (kosong)
(c) Samping songket berwarna hitam
(d) Kasut kulit hitam
(e) Selempang Pemimpin (Hanya untuk Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan
dan Penanung sahaja)
Perempuan :
(a) Tudung kosong berwarna unggu
(b) Baju kurung/kebaya/kurung moden/kebarung kain kosong unggu
(c) Kain songket
(d) Kasut kulit bertumit 2/3 tinggi
(e) Selempang Pemimpin (Hanya untuk Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan
dan Penanung sahaja)
(2) Perkhemahan, Program Turun Padang
Lelaki :
(a) Uniform baju korporat berwarna ungu
(b) Seluar slack warna hitam
(c) Kasut kulit
Perempuan :
(a) Tudung kosong berwarna unggu
(b) Uniform baju korporat berwarna unggu
(c) Seluar/kain slack warna hitam
(d) Kasut kulit bertumit 2/3 tinggi
(3) Aktiviti kembara, Aktiviti lasak
Lelaki :
(a) Uniform t-shirt berwarna unggu (pertubuhan)
(b) Seluar track-suite warna hitam
(c) Kasut sukan
Perempuan :
(a) Tudung kosong berwarna unggu
(b) Uniform t-shirt berwarna unggu (pertubuhan)
(c) Seluar track-suite
(d) Kasut sukan
PERKARA 12 : KEAHLIAN
Bayaran Masuk: RM 10.00
Yuran Tahunan: RM 11.00
Bayaran Keahlian Seumur Hidup: RM 250.00
(d) Kasut sukan
PERKARA 12 : KEAHLIAN
Bayaran Masuk: RM 10.00
Yuran Tahunan: RM 11.00
Bayaran Keahlian Seumur Hidup: RM 250.00
Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1hb Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.
Keahlian Berdaftar : Ahli-ahli yang membayar sebanyak RM 10.00 untuk bayaran masuk dan membayar yuran tahunan sebanyak RM 11.00 akan menerima kad keahlian tahunan dan akan menerima sijil keahlian tahunan.
Keahlian Seumur Hidup : Ahli-ahli pertubuhan yang membayar sebanyak RM 250.00 akan di berikan Anugerah Keahlian Seumur Hidup, menerima sijil, kad keahlian seumur hidup dan apabila umur melebihi 40 tahun, pemegang sijil keahlian seumur hidup akan dilantik menjadi ex-officier yang akan membantu menggerakan persatuan dan memajukan persatuan.
______________________________________________________________
Dasar Pembentukan Perlembagaan dan Undang-undang Pertubuhan ini telah diluluskan pada Januari 2012 dan dibuat gubalan pada Disember 2012 dan Mac 2013
Gubalan tekini Mac 2013.
Nur Syaheda bt Abdul Basir
Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan dan Penasihat Undang-undang
Bachelor. Hons Syariah and Civil Law. University Insaniah College
Keahlian Berdaftar : Ahli-ahli yang membayar sebanyak RM 10.00 untuk bayaran masuk dan membayar yuran tahunan sebanyak RM 11.00 akan menerima kad keahlian tahunan dan akan menerima sijil keahlian tahunan.
Keahlian Seumur Hidup : Ahli-ahli pertubuhan yang membayar sebanyak RM 250.00 akan di berikan Anugerah Keahlian Seumur Hidup, menerima sijil, kad keahlian seumur hidup dan apabila umur melebihi 40 tahun, pemegang sijil keahlian seumur hidup akan dilantik menjadi ex-officier yang akan membantu menggerakan persatuan dan memajukan persatuan.
______________________________________________________________
Dasar Pembentukan Perlembagaan dan Undang-undang Pertubuhan ini telah diluluskan pada Januari 2012 dan dibuat gubalan pada Disember 2012 dan Mac 2013
Gubalan tekini Mac 2013.
Nur Syaheda bt Abdul Basir
Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan dan Penasihat Undang-undang
Bachelor. Hons Syariah and Civil Law. University Insaniah College
Salam,
ReplyDeleteWhere do I get the uniform?? I searched everywhere around Shah Alam - Kaunselor, Professor, etc....all of them do not have purple vest & tie. Please help!
Kindly email to zie.7888@yahoo.com.
Thank you very much in advance!!