VERSI BAHASA MELAYU
Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia telah diwujudkan pada tahun 2010. Satu Mesyuarat Penubuhan telah diadakan yang dianggotai seramai 10 oang perwakilan dari setiap negeri. Cadangan penubuhan pertubuhan ini datangnya dari En Mohammad Hazim bin Amir Nordin selaku Founder bersama En Khairul Azrin bin Muhammad selaku Co-Founder dan Cr Aishah bt Abdul Ghani, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Bahasa Melayu selaku Penasihat Utama pertubuhan ini. Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan perihal penubuhan persatuan ini telah diwujudkan dan pada awalnya permohonan penubuhan telah dihantar ke Register Of Society Malaysia (ROS).
Pada tahun 2011 oleh kerana terdapat kesulitan dalam proses pendaftaran pertubuhan, pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Register Of Youth (ROY) yang terletak di putrajaya. Hasil dari pendaftaran tersebut Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia dengan rasminya telah didaftarkan dan menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Pertubuhan dari Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2012.
Dalam tempoh pengurusan pendaftaran, walaupun terdapat sedikit masalah iaitu kelewatan dalam pendaftaran tetapi Ahli Jawatankuasa Pertubuhan telah mengambil langkah yang proaktif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan PRS dibawah kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain bermula pada tahun 2010 sehinggalah ke hari ini.
Perlembagaan Pertubuhan ini telah diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan satu Dasar Pembentukan Perlembangaan dan Undang-Undang Pertubuhan telah diwujudkan pada tahun 2011 dan diluluskan oleh Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan iaitu dengan pindaan dan gubalan 2012. Di dalam Dasar Perlembagaan Pertubuhan terkandung perkara-perkara penting yang menyentuh pembahagian tugasan, pengurusan organisasi, pengurusan pertubuhan, anugerah-anugerah tertinggi pertubuhan, undang-undang dan peraturan pertubuhan dan lain-lain dan ianya dibawah pengawasan dan kelolaan Ketua Eksekutif Bahagian Perundangan Pertubuhan Cik Nurul Shaheda bt Abdul Basir selaku penasihat undang-undang pertubuhan. Penubuhan Pertubuhan ini juga adalah kesinambungan bagi Program Pembimbingan Rakan Sebaya Sekolah dan ia merupakan salah satu platform untuk Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah, Pembimbing Rakan Siswa dan Pembimbing Rakan Sekerja untuk bersatu di bawah satu naungan pengurusan.
Bermula pada tahun 2013 setiap aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama dan sokongan dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementeri Pelajaran Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Syabas dan tahniah di ucapakan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat sepanjang proses penubuhan pertubuhan ini berjalan.
ENGLISH VERSION
In 2011 because there were difficulties in the process of registration of societies, associations have been registered under the Ministry of Youth and Sports Register Of Youth (ROY) located in Putrajaya. Results from the Youth Organisation of the registration Peer and Guidance Association Of Malaysia was officially registered and received the Certificate of Registration of Societies from Ministry of Youth and Sports in 2012.
In the management of registration, although there are some problems of late registration but the Organization Committee took a proactive step to undertake activities related to the PRS under the Ministry of Education and non-governmental organizations (NGOs) began in the 2010 until the present day.
Memorandum of Association was approved by the Ministry of Youth and Sports and the Formation of Policy and Law Constitution Association was created in 2011 and approved by the Supreme Council of the Organization Committee of the 2012 amendments and drafting. In the Memorandum of Association Policy contained important matters affecting the division of tasks, organizational management, organization management, the highest awards organizations, laws and regulations and other organizations and is under the supervision and auspices of the Law Association Chief Executive Ms. Nurul Shaheda bt Abdul Basir as the organization's legal counsel. This is establishment of the continuity of the Peer Counseling Program School and it is one of the platforms for School Peer Mentor, Mentor Partners Student and Peer Mentor to unite under a single management umbrella.
Starting in 2013 all the activities carried out with the cooperation and support of the Ministry of Higher Education, Ministry of Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, the Ministry of Youth and Sports, Kementeri of Education and the Institute of Teacher Education Malaysia. Ucapakan congratulations on all the committee members involved throughout the process of the establishment of this organization running.
No comments:
Post a Comment